Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

KUALA LUMPUR – Bank Muamalat Malaysia Bhd menaikkan kadar asas (BR) dan kadar asas pembiayaan (BFR) masing-masing sebanyak 11 mata asas (bps), berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Muamalat berkata berikutan peningkatan kos dana bank itu, BR akan dinaikkan kepada 4.06 peratus setahun daripada 3.95 setahun, manakala BFR kepada 7.06 peratus setahun daripada 6.95 peratus setahun.

“Ini akan memberi impak ke atas semua pakej pembiayaan kadar terapung yang ditambat pada BR dan BFR,” katanya.

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Mohd Redza Shah berkata pakej pembiayaan semasa untuk rumah bank itu untuk tempoh matang 30 tahun, dan pembiayaan sebanyak RM350,000 dikenakan BR tambah satu peratus, tertakluk kepada kadar siling 10.50 peratus dan syarat dan terma standard gadai janji bank.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast