Ezad Lazim

KUALA LUMPUR – Tular video dua kanak-kanak menyanyi atas rakit di Langkawi menarik perhatian penyanyi sebenar lagu berkenaan.

Vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim memuji suara mereka mendendangkan lagu Rahsia Pohon Cemara.

Malah Ezad mempelawa mereka datang ke Kuala Lumpur dan menyanyi bersamanya.

“Silap-silap mereka akan jadi perhatian media lagi nanti,” ujarnya dalam video di YouthConnect MY baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Ezad hairan kedua-dua kanak-kanak itu menghafal lagu lama pada usia mereka yang muda.

Sebelum itu, dua buah klip video menunjukkan dua orang budak mendendangkan beberapa lagu popular era 90-an mencuit hati pengguna laman sosial.

Rakaman yang dimuat naik menerusi Twitter Mangekyo itu dipercayai diambil di Pulau Dayang Bunting, Langkawi.

Berdasarkan visual pada rakaman itu, kedua-dua budak tersebut bermain rakit dan kelihatan menari-nari apabila menyedari gelagatnya itu dirakam.

Mereka kemudiannya beraksi dengan menyanyikan lagu dari kumpulan Exist yang bertajuk Pohon Cemara dan sebuah lagi lagu dipetik dari Album Iklim nyanyian Allahyarham Saleem, Suci Dalam Debu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast