Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengambil alih peranan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang "bercuti".

KUALA LUMPUR – UMNO Selangor telah mencadang lima hingga enam nama bagi dijadikan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai nama itu akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Menurut beliau, UMNO Bahagian Hulu Langat juga diminta bersedia dengan jentera dan persiapan untuk menghadapi PRK kali ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, UMNO amat berterima kasih kepada Pas yang bukan sahaja memberi laluan tetapi juga komited dalam membantu kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Keputusan Pas memberi laluan jelas menunjukkan semangat kesetiakawanan serta keikhlasan Pas untuk bekerjasama bagi mempertahankan Islam serta mengangkat martabat bangsa yang kini dihimpit teruk oleh kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Malah kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas Selangor telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi melaksanakan gerak kerja bersama pada PRK Semenyih nanti, katanya.

“Saya yakin dengan kerjasama ini, kerusi Semenyih akan kembali ke pangkuan UMNO,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bagus. Teruskan “Setiakawan” UMNO & PAS

    …seperti mana PAS & UMNO menunjukan “Semangat Setiakawan” di Trengganu & Kelantan.

    ..betul ke??

Comments are closed.