Richard Malanjum
Richard Malanjum

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Hakim, Tan Sri Richard Malanjum didesak untuk melepaskan jawatan atau dilucutkan kelayakan dalam institusi kehakiman susulan isu tari menari yang tular semalam.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, aksi tari menari dalam satu jamuan yang dirakam menerusi video itu membuktikan kedua-dua individu berkenaan tidak bermaruah dan memiliki intergriti yang rendah.

“Ketua Hakim Negara + Peguam Negara = Letak Jawatan @ lucutkan kelayakkannya di institusi kehakiman & perundangan negara.

“Tiada Maruah dan Rendah Integriti,” katanya menerusi Facebook.

Tommy Thomas
Tommy Thomas

Semalam, Pas dalam satu kenyataannya mahu Perdana Menteri dan Kabinet menilai semula kedudukan Peguam Negara dan Ketua Hakim dalam sistem kehakiman dan perundangan.

Katanya, kedua-dua individu itu wajar digugurkan daripada jawatan mereka supaya wibawa institusi ini dapat terus diperteguhkan dan dihormati oleh rakyat.

Pas mencela insiden yang disifatkan memalukan itu berkata,
tarian mereka dikhayalak awam telah mengaibkan institusi kehakiman dan menjatuhkan wibawa perundangan negara.

Malah, sikap tidak profesional dan mengaib mereka bersama beberapa orang aktivis guaman kontroversi telah mengundang pelbagai kritikan negatif dalam kalangan rakyat.

“Bukankah ia boleh menjatuhkan penghormatan rakyat ke atas mereka?

“Tidakkah ia boleh mencetuskan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan?,” soal kenyataan Pas.
– MalaysiaGazette