Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) kini boleh kembali menjalankan transaksi perbankan di semua mesin juruwang automatik (ATM) BSN.

KUALA LUMPUR – Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) kini boleh kembali menjalankan transaksi perbankan di semua mesin juruwang automatik (ATM) BSN.

BSN dalam kenyataan malam ini berkata untuk kemudahan pelanggan, perkhidmatan perbankan ATM bank itu dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi esok (22 Jan) dan beroperasi seperti biasa bermula pukul 7 pagi.

“Kami amat menghargai kesabaran anda dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

Sistem perbankan teras BSN mengalami gangguan sejak 6.10 pagi Sabtu (19 Jan), dan menjejaskan operasi perbankannya di semua cawangan serta saluran perbankan automatik kecuali kemudahan Kad Kredit BSN.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast