Dua kapal, Candy dan Maestro yang terbakar di Selat Kerch, dekat Laut Hitam yang telah mengorbankan 10 orang manakala tujuh lagi masih hilang. foto Agensi

MOSCOW – Seramai 10 kru maut dan 14 lagi berjaya diselamatkan selepas dua kapal terbakar di Selat Kerch, dekat Crimea, Rusia.

Menteri Pengangkutan Rusia berkata, kesemua anak kapal itu telah terjun ke dalam laut bagi menyelamat diri selepas kapal-kapal berkenaan terbakar semasa pemindahahan minyak.

Kedua-dua kapal berkenaan mempunyai bendera Tanzania – Candy dan Maestro.

Difahamkan jumlah anak-anak kapal seramai 31 orang terdiri daripada 16 warga Turki dan 15 India.

Sumber industri memberitahu, kejadian itu berlaku semasa berlaku ribut di laut.

Selat Kerch yang terletak antara Rusia dan wilayah tambahan Crimea dan selatan Rusia mengawal akses dari Laut Hitam ke Laut Azov, yang mana terdapat pelabuhan-pelabuhan Rusia dan Ukraine. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast