Gulfstream GV

DAVOS- Sejumlah 1,500 jet peribadi digunakan sepanjang minggu Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2019 yang sedang berlangsung di Davos, Switzerland.

Menurut syarikat pajakan pesawat peribadi antarabangsa, The Air Charter Service, jumlah tersebut meningkat berbanding 1,300 yang dicatatkan semasa forum berkenaan tahun lepas.

“Peningkatan minat global terhadap acara tersebut menyebabkan kami menganalisis aktiviti pesawat peribadi yang digunakan semasa WEF sejak lima tahun lalu.

“Davos tidak mempunyai lapangan terbang sendiri menyebabkan beberapa pelanggan kami menggunakan helikopter untuk ke bandar tersebut.

“Empat kawasan lapangan udara yang biasa digunakan oleh jet peribadi untuk ke forum berkenaan terletak di Zurich, Dubendorf, St Gallen-Altenrhein dan St Moritz,” kata Pengarah The Air Charter Service, Andy Christie.

Bagaimanapun, Ketua Strategi Komunikasi WEF, Oliver Cann tidak bersetuju dengan angka yang diumumkan oleh syarikat penerbangan tersebut.

Katanya, jumlah pesawat peribadi yang digunakan semasa forum berkenaan turun 14 peratus berbanding tahun lepas.

Menurut Christie, antara pesawat paling popular yang digunakan hari ini adalah Gulfstream GV dan Bombardier Global Express.

Kedua-duanya adalah jet peribadi yang mempunyai keupayaan untuk terbang pada kelajuan tinggi berharga lebih AS$60 juta seunit.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast