Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan pendirian tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Malaysia bertegas dengan keputusannya itu berdasarkan kepada hak kemanusiaan dan pembelaan rakyat Palestin.

Katanya, isu Palestin bukan hanya isu umat Islam, tapi isu kemanusiaan sejagat.

“Jika menjadi penganjur acara sukan antarabangsa lebih penting daripada membela rakyat Palestin yang turut dibunuh, dicacatkan dan didera oleh rejim Netanyahu, ini bermkna Malaysia telah hilang kompas moralnya,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.

Bwliau menyakan demikian bagi mengulas tindakan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melicutkan hak Malaysia menganjurkan Kejohanan Renang Para Dunia 2019 pada mesyuarat di London hari ini.

Pelucutan hak penganjuran itu dilakukan berdasarkan jawatankuasa itu berpendapatan Kementerian Dalam Negeri telah gagal untuk menyediakan ‘jaminan kepada para perenang para Israel menyertai kejohanan tersebut, serta bebas daripada diskriminasi

IPC berkata, ini meliputi pematuhan sepenuhnya dengan protol jawatankuasa yang berkaitan seperti lagu kebangsaan, bendera dan peruntukan visa.

Presidennya, Andrew Parsons berkata, apabila negara tuan rumah mengasingkan atlet daripada negara tertentu, kerana politik, pihaknya tidak mempunyai pilihan selain daripada melihat kepada penganjur baharu.

Sejumlah 600 perenang dari 60 negara dijangka bersaing dalam kejohanan di Sarawak, dengan lebih daripada 160 pingat untuk direbutkan.

Menurut Syed Saddiq, IPC perlu diberitahu mengenai dakwaan jenayah perang yang dilakukan Israel.

“Kami ingi mengingarkan IPC bahawa pemantauan Amnesty International and Human Rights telah melaporkan bahawa kerajaan (Benjamin) Netanyahu merupakan pelaku jenayah perang yang aktif,” katanya. – MalaysiaGazette