Ujian peluru berpandu Iran telah mencetuskan ketegangan antara Tehran dan negara-negara Barat. Foto Agensi

TEHRAN – Iran akan meneruskan usaha menambah baik teknologi satelit bagi menambah baik ketepatan tetapi tidak berhasrat untuk meningkatkan jarak peluru berpandu.

“Iran tidak ada batasan dalam sainstifik dan operasi bagi meningkatkan jarak peluru berpandu tentera tetapi berdasarkan doktrin defensif,” kata Ali Shamkhani, pembantu Ayotollah Ali Khamenei.

Menteri Pertahanan Iran berkata, keupayaan peluru berpandu adalah perkara yang tidak boleh dirundingkan.

Ia sekali gus menolak desakan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat bahawa teknologi peluru berpandu perlu ditangani.

“Musah-musuh berkata, kuasa peluru berpandu perlu dihapuskan tetapi kami berulang kali berkata keupayaan peluru berpandu tidak boleh dirunding,” kata Amir Hatami yang dipetik daripada agensi berita Tasnim. – MalaysiaGazette