KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak pernah mempersoalkan kelayakan akademik yang dimiliki oleh Sheikh Omar Ali sebagai ahli lembaga pengarah Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) yang baharu.
Naib Presidennya, Hassan Basri Muhammad berkata, sebaliknya pemikiran dan dasar perjuangannya dalam DAP dipertikaikan yang berteraskan kesamarataan dan liberalisme tidak seiring dengan usaha dakwah dalam Islam.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara seorang ahli DAP yang pimpinannya kebanyakannya dikuasai bangsa Cina dilantik menganggotai lembaga pengarah sebuah agensi Islam yang berteraskan dakwah.
“Walaupun menggunung ijazahnya dalam bidang pengajian Islam tetapi ia lebih signifikan tentang pemikiran dan perjuangan liberal beliau sehingga sanggup bersengkokol dasar parti DAP.
“Bagaimana ahli DAP yang sangat rasis dan terkenal dengan dasar anti Islam dengan slogan ‘Malaysia Malaysian’ boleh dilantik dalam agensi Islam berteraskan dakwah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas pelantikan ADUN Paloh, Johor Sheikh Omar Ali sebagai anggota lembaga pemegang amanah YADIM untuk tempoh dua tahun dan watikah pelantikannya akan disampaikan oleh menteri agama Mujahid Yusof di Putrajaya esok.
Sheikh Omar, yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penerangan dan Ekonomi Kreatif Johor, mendapat pendidikan peringkat ijazah dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya (UM) dengan pengkhususan dalam dakwah.
Hassan Basri juga berkata, pelantikan Sheikh Omar bukan kerana isu kelayakan akademik sahaja yang menjadi hujah tetapi dalam masa yang sama mengambil kira kesepakatan Pakatan Harapan (PH).
“Dasar DAP yang anti Islam boleh dipetik dari banyak kenyataan-kenyataan pimpinan DAP, tidak cukup ruang kalau hendak disenaraikan satu persatu.
“Kebobrokan dan anti Islam DAP akan terselah sekiranya isu ini dibicarakan di mahkamah apabila Teresa Kok hendak menyaman Pemuda Pas menuduh DAP anti Islam dan Pemuda Pas bersedia untuk disaman.
“Penentangan Perkasa atas perlantikan itu bukan atas latar belakang akademik beliau tetapi yang dibimbangi pasti pandangannya lebih kepada kehendak DAP yang anti Islam,” katanya. – MalaysiaGazette

















This Goon is speaking as if he is stronger than his God.
Is the God so fearsome?