pep bertegas tidak akan menawarkan kontrak baharu kepada kapten pasukan Man City Vincent Kompany

ENGLAND – Kapten pasukan Manchester City, Vincent Kompany tidak akan ditawarkan kontrak baharu atas alasan sentimen.

Itu jawapan tegas pengurus pasukan itu, Pep Guardiola hari ini.

Bintang pertahanan Belgium itu akan tamat kontrak di Etihad akhir musim ini.

Pemain berusia 32 tahun itu hanya membuat sebanyak 14 penampilan untuk the Citizens musim ini.

Namun dia kini direhatkan disebabkan masalah sakit otot.

“Dia sangat hebat tetapi pada realiti sejak lima tahun ini dia beraksi terhad, sangat terhad,” kata Guardiola.

Tambah Pep, dalam situasi terbabit pihaknya telah membawa perkara kontraknya ke meja perbincangan dan kelab akan membincangkan bersama agen pemain untuk tampil dengan keputusan terbaik.

“Dia penting kerana kapten kami dan di atas padang dia lebih menyerlah berbanding pemain pertahanan lain,” tegasnya.- MalaysiaGazette