Sauber F1 bertukar nama sebagai Alfa Romeo Racing musim ini

ENGLAND – Pasukan Sauber akan dijenamakan semula sebagai Alfa Romeo Racing bermula musim Formula Satu (F1) 2019.

Alfa Romeo kali terakhir bersaing dalam F1 sebagai pembina enjin pada tahun 1985 tetapi kembali musim lalu dengan nama penaja gelaran Sauber.

Pasukan Switzerland itu berkata, hak milik dan pengurusan struktur pasukan itu masih tidak berubah cuma nama itu akan diubah.

Sauber berlumba dalam F1 sejak tahun 1993.

Kimi Raikkonen selaku juara dunia F1 2007 dan Antonio Giovinazzi akan berlumba untuk Alfa Romeo Racing kali ini.

Enjin kenderaan itu akan disokong oleh enjin Ferrari pada tahun ini.

“Selepas berkolaborasi dengan penaja gelaran kami Alfa Romeo pada tahun 2018, pasukan ini telah mencapai prestasi terbaik secara teknikal, komersial dan perlumbaan.

“Ia telah memberi motivasi kepada pasukan untuk bersaing musim ini,” kata pasukan itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast