Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemegang saham utama Air Asia Group Berhad dan Malaysia Airport Holdings Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta kedua-dua pihak itu menyelesaikan masalah mereka tanpa mengheret isu berkenaan ke mahkamah.

Akhbar The Edge sebagai memetik sumbernya melaporkan, KWSP menerusi satu surat meminta kedua-dua pihakitu menyelesaikan perselisihan mereka melalui meja rundingan.

Ia berpendapat proses litigasi mahkamah boleh menjejaskan pulangan pelaburan pemegang saham kedua dua syarikat itu terutama dalam keadaan pasaran yang lemah ketika ini.

Sumber Air Asia juga mengesahkan penerima notis dari KWSP yang mana memberitahu The Edge: “Kami hanya membalas kepada tindakan MAHB yang menyaman kami. Kami ingin menyelesaikan masalah menerusi rundingan”.

Maklumbalas itu dikeluarkan selepas MAHB menghantar surat undang-undang kepada Air Asia dan Air Asia X Bhd (AAX) pada pertengahan Oktober lalu menuntut bayaran cukai lapangan terbang yang tertunggak atau caj perkhimatan penumpang (PSC) untuk pelepasan sejak 1 Julai tahun lalu.

MAHB menyaman Air Asia menuntut lebih RM9.4 juta dalam PSC yang belum dijelaskan sementara AAX turut disaman tuntutan RM26.72 juta.

Pada Khamis lalu, Air Asia mengumumkan usaha pengantara untuk tuntutan dari pengendali lapangan terbang itu MAHB hampir RM480 juta dakwaan kerugian akibat keadaan buruk di terminal tambang murah klia2.

Air Asia dalam notis itu menyenaraikan pembatalan penerbangan yangb mengakibatkan kerugian pendapatan hasil penutupan landasan, kecacatan apron, kerosakan kepada dua pesawat akibat kerosakan infrastruktur dan sensor MASSB gangguan internet, pecahan bahan api di Pier P klia2 dan kehilangan pelanggan.

Pengendali tambang murah itu sedang managih perantara rundingan selaras dengan Seksyen 74 dibawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) 2015 yanh memperuntukkan bahawa pertikaian perlu diselesaikan terlebih dahulu melalui pengantara rundingan.

Mengikut undang-undang Mavcom akan bercampur sekiranya sebarang usaha rundingan menerusi pengantaraan gagal.

Syarikat penerbangan itu juga menegaskan mereka berharap untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik dan menarik diri daripada memfailkan tuntutan balas di mahkamah untuk meneruskan pengantaraan terlebih dahulu seperti dikehendaki oleh Macvom. – MalaysiaGazette