Sithambaram (tengah) juga pernah menjadi peguam kepada jurutera, Hanif Basree Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Peguam jenayah terkenal yang banyak mengendalikan kes berprofil tinggi, V Sithambaram dijangka akan menyertai pasukan pendakwa kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nama beliau sebenarnya tidak asing apatah lagi pernah menjadi peguam kepada Tun Mahathir Mohamad pada tahun 2007 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan fitnah terhadapnya.

Malah Sithambaram juga pernah menjadi peguam kepada jurutera, Hanif Basree Abdul Rahman sekaligus berjaya membantu lelaki berkenaan bebas daripada hukuman gantung kes pembunuhan model, Norita Samsudin satu ketika dahulu.

Sithambaram juga telah membuat pengakuan dirinya telah menyertai kumpulan pendakwaan bagi mendakwa Najib dalam kes SRC International pada minggu depan kepada media hari ini seperti dilaporkan sebuah portal. 

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya telah dilantik,” kata Sithambaram kepada The Malaysian Insight mengenai pelantikannya oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sithambaram dan Sulaiman Abdullah akan mengetuai pasukan daripada Jabatan Peguam Negara dalam perbicaraan berkenaan yang kini sednag dinanti keseluruhan rakyat Malaysia.

Perbicaraan SRC akan bermula pada 12 Februari dan akan berlangsung lebih dari 43 hari.

Kes berkaitan SRC International Sdn Bhd terhadap Najib berjumlah RM89juta diseleweng daripada akuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Seramai 50 orang saksi akan dipanggil pihak pendakwaan bagi memberi penerangan mengenai bagaimana wang daripada SRC International dipindahkan ke akaun Najib. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast