Stephen King mendedahkan beliau akan menerbitkan sebuah novel bertajuk The Institute yang disifatkan “sebuah cerita dramatik mengenai dunia baik mrlawan jahat di mana orang baik tidak selalunya menang.”
Menurut synopsis buku berkenaan, jalan cerita The Institute akan memberi fokus kepada seorang budak lelaki bernama Luke Ellis yang diculik dari rumahnya di pinggir bandar Minneapolis dan disorokkan di The Institute di mana di situ dia berkenalan dengan ramai lagi kanak-kanak yang mempunyai bakat-bakat istimewa sepertinya.
Bagi memerah keupayaan istimewa kanak-kanak tersebut, para petugas The Institute akan memberikan mereka ganjaran atau hukuman kejam.
Luke kemudiannya sedar yang mereka kesemuanya diletakkan di “Front Half” manakala yang lainnya di letakkan di “Back Half” yang mana “anda boleh masuk tetapi tidak boleh keluar.”
Tiada siapa yang berjaya melarikan diri dari The Institute.
Novel berkenaan akan berada di pasaran pada 10 September ini. -Agensi
















