Pesawat supersonik AS2 yang boleh membawa 12 penumpang mampu terbang pada kelajuan 1.4 Mach.
Pesawat supersonik AS2 yang boleh membawa 12 penumpang mampu terbang pada kelajuan 1.4 Mach.

WASHINGTON – Boeing Co. menyertai Aerion Corp. untuk membina pesawat supersonik yang akan mengurangkan masa penerbangan trans Atlantik sebanyak tiga jam.

Pembuat pesawat Amerika Syarikat itu akan melakukan ‘pelaburan yang besar’ dalam Aerion bagi mempercepatkan rekaan dan pembangunan, menurut satu kenyataan.

Boeing akan menggantikan Lockheed Martin Corp yang mengumumkan kerjasama dengan Aerion pada 2017, kata jurucakap syarikat pesawat supersonik itu.

Pelaburan Boeing dalam merealisasikan impian bilionaire Texas, Robert Bass itu untuk mengembalikan penerbangan komersial supersonik yang dihentikan pada 2003 dengan penerbangan terakhir Concorde berikutaan isu had bising dan kos operasi yang tinggi.

Pada Oktober lalu, Generaal Electric Co. berkata, syarikat itu telah memuktamadkan rekaan awal enjin untuk pesawat Aerion, AS2, untuk membolehkannya terbang lebih laju daripada kelajuan bunyi dengan memenuhi peraturan-peraturan bunyi dan pelepasan karbon dioksida.

“Kami mempunyai pasukan yang betul untuk membina penerbangan supersonik mampan masa depan,” kata Naib Presiden unit pelaburan Boeing Next, Steve Nordlund.

Boeing berkata, syarikat itu akan menyediakan sumber kejuruteraan, pembuatan dan ujian penerbangan dalam usaha membolehkan pesawat AS2 dipasarkan. Bagaimanapun, tiada jumlah pelaburan yang didedahkan, lapor Chicago Tribune.

Penerbangan pertama pesawat itu – yang terbang pada kelajuan 1,000 batu sejam (1,609 kilometer sejam) – terbang 70 peratus lebih pantas daripada pesawat komersial – dijadualkan beroperasi pada 2023.

Flexjet merupakan syarikat pertama menggunakan pesawat tersebut apabila menempah 20 buah pesawat.

Pesawat yang boleh membawa 12 penumpang itu berharga AS$120 juta. – Agensi