KUALA LUMPUR – Janin bayi berusia antara tujuh dan lapan bulan ditemui di dalam lori sampah  Alam Flora sekitar 9.25 pagi tadi.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Rosli Hassan berkata, bayi itu ditemui oleh pekerja Alam Flora di rumah sampah Blok D, Apartment P18R13, Presint 18 Putrajaya.

“Polis terima panggilan penemuan janin bayi di dalam lori sampah Alam Flora sekitar 9.25 pagi ini sebelum meminta pasukan peronda bergegas ke lokasi kejadian .

“Pasukan tiba di lokasi 9.39 pagi dan sekitar 11.28 pagi dan janin bayi telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut dengan menggunakan Landrover,” kata beliau.

Menurutnya, ketika diperiksa polis di lori sampah berkenaan, janjin bayi sudah terkeluar dari beg dan bungkusan kain yang dalam keadaan terbuka.

“Kami sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan sedang cuba menjejaki pelakunya,” tegas beliau.- MalaysiaGazette