Dari FB Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA musykil dengan kelayakan Lim Guan Eng sebagai seorang akauntan profesional yang bertauliah.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan bagaimana Guan Eng menjadi akauntan profesional bertauliah pada tahun 1983 sedangkan mengikut mengikut laman web rasmi Monash University, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada tahun 1984.

guan eng2

“Bagaimanakah proses pengiktirafan akauntan professional bertauliah dijalankan?

“Pengiktirafan dari negara kita atau luar negara? Saya juga ingin mengetahui negara manakah yang sudi menerima pemegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Bachelor of Economics) untuk menjadi akauntan professional bertauliah?,” soal Ka Siong.

Katanya, sebagai seorang pemimpin politik yang sentiasa melaung-laungkan slogan Kredibiliti, Akauntabiliti dan Ketelusan, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu memintan Menteri Kewangan itu janganlah diam-diam.

“Sila jawab!,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast