Medan minyak El Sahara

BENGHAZI – Tentera timur Libya telah berjaya mengawal sepenuhnya medan minyak terbesar, El Sharara.

Namun belum ada pengesahan daripada firma minyak Libya, NOC yang beroperasi bersama rakan asing.

Medan minyak itu menghasilkan 315,000 tong minyak sehari di selatan gurun Libya.

LNA (Tentera Darat Libya) yang berpusat di timur Libya mula menyerang bahagian selatan bulan lepas untuk memerangi militan dan merampas medan minyak.

Rabu lalu, LNA telah menghampiri stesen pengepam terpencil El Sharara, tetapi sehingga kini tidak bergerak ke medan utama, yang mana pasukan pengawal dan puak-puak telah merampasnya pada bulan Disember.

Sejak itu, pengeluaran minyak terhenti.

Beberapa jam sebelum itu, Ketua LNA, Abdel-Razeq Nathouri, memberitahu Reuters bahawa tentera sedang berunding untuk akses ke lapangan.

Kerajaan yang diiktiraf antarabangsa di Tripoli telah cuba menghantar komandernya sendiri, Ali Kennah, untuk mengamankan lapangan.

El Sharara secara rasmi berada dalam pentadbiran Tripoli, tetapi pada hakikatnya tidak mampu mengawalnya.

Kennah telah terbang pada hujung minggu ke lapangan minyak El Feel yang berhampiran dan kemudian ke El Sharara, tetapi gagal mengawalnya, kata para pekerja minyak.

Pengeluaran minyak di Libya, ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum, telah terganggu sejak konflik berlaku pada tahun 2011, dengan penunjuk perasaan dan kumpulan bersenjata sering menyasarkan medan minyak dan infrastruktur tenaga.

Pengeluaran negara berada di bawah 1 juta tong sehari, jauh di bawah kapasiti pra-2011 sebanyak 1.6 juta tong sehari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast