Jose Mourinho. Foto BBC.

LONDON – Jose Mourinho yang dipecat oleh Manchester United pada Disember tahun lalu kini bakal mendapat kerja baharu.

The Guardian melaporkan, pengurus kelahiran Portugal itu bagaimana pun tidak lagi memilih sebagai jurulatih pasukan.

Mourinho dilapor akan mengacarakan sebuah rancangan sendiri di Stesen Televisyen Rusia (RT).

Sebelum ini Mourinho pernah bertugas sebagai pemerhati dan pengkritik tetap di stesen sama semasa temasya Piala Dunia diadakan di Rusia tahun lalu.

Disember lalu, setelah dua tahun berkhidmat di Old Trafford, bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu dipecat apabila prestasi kurang memuaskan dipamerkan skuadnya menyaksikan United ketinggalan lapan mata dengan kelab di kedudukan lima. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast