Fuku hidangan ikan buntal yang popular di Jepun. foto Agensi

SEOUL – Tiga lelaki Korea Selatan dimasukkan ke hospital selepas menikmati hidangan ikan buntal di bandar Jeju.

Mereka mengalami keracunan telah dibawa ke hospital dengan bantuan ambulans.

Dua daripada mereka kini dirawat di unit rawatan rapi dan dalam keadaan kritikal.

Manakala seorang lagi dilaporkan sudah keluar daripada tahap bahaya.

Ketiga-tiga lelaki tersebut mengadu rasa mual dan pening setelah makan ikan buntal yang mereka bersihkan di rumah.

Kematian akibat keracunan makan ikan buntal adalah biasa di negara ini.

Di Jepun, ikan itu dianggap sebagai makanan istimewa, dipanggil fugu, tetapi hanya chef fugu yang berlesen sahaja boleh menyediakan ikan berkenaan. – MalaysiaGazette