TERKINI : TERPAKSA TUKAR PENDIRIAN! Dulu Kecam Kit Siang dan Anwar Ibrahim – Tun Mahahtir

PUTRAJAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pendirian seseorang terhadap parti boleh berubah mengikut keadaan.

Menurutnya, perkara itu boleh terjadi sekiranya pemimpin dalam parti itu menajdi pembelot dan tidak lagi setia kepada negara.

“Dahulu saya mengecam (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi sekarang saya bersama mereka dan mereka juga dulu kecam saya.

“Kalau kita terikat kepada sesuatu pemimpin dan parti sehingga parti itu jadi parti penyamun pun kita kekal juga, itu bermakna kita bukan ahli politik tapi ahli untuk diri sendiri.

“Kita boleh berubah, kita bukan tetap selamanya,” katanya.