Vincent Tan
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun

FRANCE – Tan Sri Vincent Tan, pemilik Cardiff City menyumbang sebanyak 50,000 pound kepada keluarga juruterbang, David Ibbotson.

Kempen mendapatkan dana telah dilakukan oleh anak perempuan mangsa bagi mencari mayat Ibbotson yang masih masih hilang.

Sasaran tabung itu untuk mendapatkan sejumlah 300,000 pound.

Tabung itu kini sudah mencapai 225,000 pound dengan lebih 10,000 orang menderma.

Bintang bola sepak, Kylian Mbappe telah menyumbang sebanyak 27,000 pound.

Ibbotson dan penyerang Cardiff City, Emiliano Sala hilang pada 21 Januari lalu selepas pesawat Piper Malibu tidak dapat dikesan semasa melintasi English Channel.

Ketika itu pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Nantes ke Cardiff.

Sala, 28, yang bersama Ibbotson juga meninggal dunia dalam insiden itu.

Kemalangan itu berlaku semasa pesawat berkenaan membawa Sala ke Cardif selepas bersama-sama bersama-sama pasukan lamanya, Nantes di Perancis.

Setakat ini hanya mayat Sala yang ditemui. – MalaysiaGazette