ENGLAND – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dikenakan  tindakan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA)

Tindakan FA itu  menyusul selepas Klopp didakwa mengeluarkan komen berbaur kritikan terhadap pengadil perlawanan, selepas the Kops seri 1-1 menentang West Ham dua minggu lalu.

Kata Klopp, persembahan Kevin Friend dijejaskan oleh keputusan membenarkan gol jaringan Sadio Mane.

Gol itu sepatutnya terbatal disebabkan kedudukan Mane dalam posisi offside.

FA berkata, Klopp didakwa atas komen yang mempersoalkan integriti pengadil itu.

“Dia diberi masa sehingga Isnin depan 6 petang waktu tempatan 18 Februari ini untukm membalas tuduhan yang dihadapinya,” katanya.

Aksi EPL antara Liverpool dan West Ham berakhir dengan trikat 1-1 di stadium London pada 4 Februari lalu.

Mane menjaringkan gol pendahuluan perlawanan pada babak pertama tetapi James Milner didapati berada dalam kedudukan offside ketika menghantar bola kepada Mane.

Michail Antonio bagaimanapun menyamakan kedudukan untuk the Hammers sebelum waktu rehat babak pertama.

“Saya dengar gol kami (Liverpool) Offside, saya pasti pengadil sedia maklum senario itu.

“Dalam situasi 50-50 pasukan lain sentiasa diberi sepakan percuma, yang sukar diterima keputusan itu,” Kata Klopp kepada BBC Sports.

“Pengadil pun seorang manusia biasa dan saya faham situasi mereka tapi semasa perlawanan itu, saya tidak mempunyai petunjuk gol Mane sebenarnya offside,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast