Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Hendak percaya Muhyiddin ke Guang Eng?

Itu soalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika mempersoalkan siapa yang seharusnya dipercayai berhubung kenyataan dua menteri mengenai tajaan lawatan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki baru-baru ini.

Menurut beliau, ia ekoran percanggahan kenyataan antara Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung lawatan tersebut.

“Siapa rakyat harus percaya, Muhyiddin atau Guan Eng? Nampaknya Guan Eng seperti biasa cuba mengalihkan isu syarikat judi menaja lawatan pegawai tertinggi PDRM dengan menyalahkan kerajaan terdahulu.

“Kononnya lawatan tersebut telah diluluskan pada 2017. Takkanlah rakyat nak diperbodohkan lagi sekali, lawatan diadakan tahun 2019 tapi diluluskan tahun 2017,” katanya dalam Facebook miliknya malam semalam dipetik dari Utusan Online.

Sebelum itu, Muhyiddin memberitahu lawatan yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan rombongan beberapa pegawai tertinggi PDRM itu diluluskan oleh beliau.

Katanya lagi, kunjungan itu sebagai pendedahan untuk mempelajari teknik membanteras judi haram dari negara lain dan ditaja Lembaga Totalisator Malaysia yang juga merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Namun Guan Eng pula memberitahu kementeriannya tidak pernah meluluskan lawatan tersebut sebaliknya sumber kewangan lawatan ditaja syarikat nombor ramalan dan telah diluluskan pada tahun 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast