Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

KLANG – Parti Amanah Negara (Amanah) mengarahkan jentera parti itu membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, arahan itu meliputi jentera dari semua negeri dan mereka akan bekerja bersama-sama jentera parti komponen PH yang lain.

“Jentera sudah bersiap sedia untuk PRK DUN Semenyih dan semua parti komponen akan bekerja atas nama PH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Sungai Kandis dan Parlimen Kota Raja, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menepis dakwaan kononnya jentera DAP, PKR dan Amanah akan memboikot kempen calon PH daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sebagai protes kepada tindakan parti berkenaan menerima masuk tujuh bekas Anggota Parlimen UMNO baru-baru ini.

Esok adalah hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 26 Feb ini dan hari mengundi 2 Mac ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast