KUALA TERENGGANU – Pemain pertahanan, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri muncul penyelamat Terengganu berjaya menyekat Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada tiga mata penuh dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu menyaksikan jaringan tersebut membolehkan tuan rumah menyamakan kedudukan dengan keputusan terikat 2-2.

Terengganu juga berjaya menghalang skuad Harimau Selatan yang memegang rekod cemerlang menang dua kali sejak tirai liga musim ini bermula.

Tuan rumah berjaya mendahului permainan seawal minit ke-16 menerusi jaringan Mohd. Khairul Izuan Rosli.

Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila dipintas JDT pada babak kedua menerusi sepakan penalti oleh pemain kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid.

Skuad bimbingan Benjamin Mora berada di depan selepas Diogo Luis Santo menambah jaringan enam minit berselang.- MalaysiaGazette