Gambar Salahuddin Ayub berceramah dalam Masjid Kolam Air di Johor Bahru menimbulkan rasa kurang senang rakyat.

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) amat terkilan dengan perbuatan Datuk Salahuddin Ayub menggunakan pentas khutbah Jumaat membuat ceramah politik.

Perbuatan ini benar benar telah mencemar kesucian agama Islam sebagai agama yang menyatupadukan rakyat berpuluh tahun lamanya.

Presiden MBNJ, Md Saleeheen Mohamad berkata, sebagai seorang menteri, beliau swajarnya menggunakan kedudukan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, apatah portfolio yang disandangnya terdiri petani, pekebun dan nelayan yang memerlukan santunan dan perhatian daripada kerajaan.

“Perbuatan seumpama ini dikhuatiri akan memecahbelahkan masyarakat, mengundang persepsi negatif dan tidak menjadi contoh teladan yang baik untuk anak muda,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, MBNJ berharap pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Johor dan Majlis Agama Islam Johor dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara ini dan berharap agar semua ahli politik tidak kira daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang agar tidak menggunakan masjid dan surau sebagai gelanggang politik mereka.

Beliau mengulas tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu yang mengambil kesempatan menggunakan masjid untuk berceramah politik.

Kejadian itu Masjid Kolam Air, Johor Bahru.

Tindakan Salahuddin itu disifatkan kali pertama berlaku dalam sejarah kerana selama ini tidak pernah berlaku ceramah politik diadakan di dalam masjid.- MalaysiaGazette.

Artikel berkaitan: 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/16/tmj-gesa-pantau-masjid-jadi-tempat-politik/