Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada media selepas mengikuti penghujahan kes rayuan pengisytiharan kemenangan beliau di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terbatal dan tidak sah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 18 FEBRUARI 2019.

PUTRAJAYA – “Saya menerima keputusan rayuan ini dengan hati terbuka, kita menghormati proses undang-undang,” kata Datuk Seri Mohamad Hasan  di luar Bilik Bicara 1 Istana Kehakiman di sini hari ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, biarpun keputusan tersebut tidak dijangkakan langsung, namun beliau menghormati apa yang telah diputuskan oleh mahkamah

“Saya tak dapat jangka keputusan ini dan tak dapat membaca fikiran orang.

“Pihak peguam mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merayu dan pihak saya berhujah dengan baik sekali.

“Kedua-dua pihak berhujah dan yang Arif Mahkamah Persekutuan memutuskan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan semula,” ujarnya.

Menurut Mohamad, beliau sudah bersedia untuk berdepan senario selepas ini.

‘Saya perlu bersedia menunggu keputusan SPR bilakah writ akan diadakan dan bilakah penamaan calon di Rantau.

“Saya rasa tidak lama lagi.. InsyaAllah,” tambah beliau.

Pada 23 Mei lalu, Streram memfailkan petisyen di Mahkamah Seremban bagi memohon kemenangan Mohamad di Rantau sebagai tidak sah dan terbatal.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Seremban telah memutuskan kemenangan Mohamad itu sebagai tidak sah dan terbatal sebelum mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil di kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

Berikutan keputusan tersebugt, Mohamad  mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mengenepikan keputusan itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast