PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memantau kegiatan perlombongan bauksit di Pahang selepas berakhirnya moratorium pada 31 Mac ini.
Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya akan menyelia setiap masa aktiviti itu supaya tidak menimbulkan masalah kesihatan kepada penduduk.
“Kami sedia maklum mengenai keputusan kerajaan yang menghentikan moratorium yang dikeluarkan selama tiga tahun okeh kerajaan terdahulu.
“Isu itu kami bincangkan di dalam kabinet melibatkan kementerian berkaitan alam sekitar dan juga kementerian kesihatan.
“Pandangan kementerian ialah kami bertanggungjawab atas soal kesihatan melibatkan penduduk setempat
“Kami akan memantau kegiatan itu setiap masa supaya memastikan rakyat tidak seksa dengan perlombongan mineral itu,”katanya kepada sidang media hari ini.
Ditanya bagaimana kementerian akan memantau kegiatan itu, Dzulkefly berkata, kakitangan klinik kesihatan yang ada di setiap lokasi akan melakukannya.
“Mereka akan bersiap sedia untuk bertindak segera dan sentiasa berjaga jaga jika tercetus soal kesihatan penduduk dalam kegiatan bauksit,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/19/reaksi-berbeza-terhadap-keputusan-tamatkan-moratorium-bauksit/