Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JANUARI 2019
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ​​​​​​kecewa dengan kekalahan 0-1 skuad bola sepak kebangsaan di tangan Kemboja dalam aksi pembukaan Piala B-22 AFF (Persekutuan Bolasepak ASEAN) semalam.

Kekalahan di Stadium Olimpik, Phnom Penh menerusi jaringan Sath Rosib pada minit ke-62 itu sekali gus meletakkan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee dalam kedudukan sukar untuk mara ke peringkat seterusnya.

​Dalam masa sama, Syed Saddiq juga kesal dengan sikap segelintir persatuan bola sepak negeri yang tidak memberi ruang kepada pemain bola sepak yang layak mewakili negara terutama melibatkan pertandingan bertaraf antarabangsa.

“Saya agak kecewa dengan situasi sebegini. Apabila tiba masa mewakili negara, sepatutnya itu menjadi fokus utama (kepada persatuan bola sepak negeri untuk memberi ruang pemain mereka mewakili negara).

“Nasihat saya `please put Malaysia first’ (tolong utamakan Malaysia dahulu) kerana apabila pemain kebangsaan menerima pengiktirafan semuanya akan dapat juga,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast