Ben Davies menandatangani kontrak dengan Fulham di England tahun lalu.

LONDON -Pemain muda bola sepak Singapura, Ben Davies berdepan dengan tindakan undang-undang selepas dia gagal mengikuti progam Perkhidmatan Negara di negaranya.

BBC Sport melaporkan, Ben Davies kini berhijrah ke England setelah menandatangani kontrak bersama Fulham pada tahun lalu.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Singapura itu gagal kembali ke Singapura bagi menjalani program yang diwajibkan kepada golongan lelaki seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia.

Sebelum ini, Ben, 18, membuat permohonan untuk menangguhkan bagi menyertai program itu namun ditolak oleh Kementerian Pertahanan negara tersebut.

Kementerian berkata, permohonan penangguhan itu hanya akan diterima kerana pengecualian diberikan kepada atlet yang mewakili Singapura dalam kejohanan sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik.

Alasan lain permohonan itu ditolak kerana Ben warga negara Britain dan bukannya Singapura.

Namun Ben dikatakan memiliki pasport Singapura, Britain dan Thailand serta dilahirkan di negara Gajah Putih itu.

Jika disabitkan kesalahan, bintang muda itu akan dihukum didenda SD10,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast