Ab. Rashid Ab. Rahman
Ab. Rashid Ab. Rahman

PUTRAJAYA – Jawatakuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya akan menyediakan formula terbaik berhubung cadangan agar kerajaan membiayai dana kepada semua parti politik.

Pengerusinya, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman sendiri secara peribadi bersetuju dengan cadangan itu kerana sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, wajar memastikan parti politik aktif.

“Sebab dalam sistem demokrasi, lebih banyak parti sebenarnya lebih bagus dan bantuan dana ini harus diberikan kepada semua parti, tidak kira kecil mahupun besar.

“Di Malaysia ini ada kira-kira 50 parti politik, sebahagian besarnya hidup segan mati tak mahu sebab mereka tidak mempunyai sumber kewangan untuk membiayai aktiviti politik.

“Peranan kita ialah nak tentukan kerajaan bantu parti-parti politik ini,” katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna Menara Usahawan hari ini.

Menurut Ab. Rashid, pihaknya akan berbincang perkara itu akan akan menyediakan formula terbaik kepada kerajaan agar semua parti menerima pembiayaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast