Amran Ahmad
Amran Ahmad

KUALA LUMPUR – ‘Kilang fitnah DAP’ akan dibuka semula, kata bekas Pemikir Publsiti Melayu parti itu, Amran Ahmad Nor.

Justeru, beliau mahu parti pembangkang terutama Pas dan UMNO supaya berhati-hati kerana mereka akan menggunakan segala keupayaan untuk memecahkan persepakatan parti pembangkang.

“Saya dapat maklumat sahih bahawa tokong besar bangsa Dap mengarahkan CEC (Jawatankuasa Tertinggi Pusat) mengaktifkan semula pasukan fitnah Dap yang berselindung di sebalik pelbagai nama (Cina guna nama Melayu), guna nama UMNO, guna nama Pas untuk menggagalkan penyatuan ummah yang kini menjadi ancaman kepada bangsa DAP.

“Saya nak beri amaran – walaupun mereka ini akan menggunakan taktik yang sama – fitnah, fitnah dan fitnah lagi (kerana fitnah tak perlu ada bukti) tetapi kali ini fitnah itu lebih dahsyat, lebih kejam dan tanpa selindung kerana sudah jadi kerajaan dan mempunyai dana yang banyak,” dakwa Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3) itu di media sosialnya hari ini.

Menurut bekas wartawan Utusan Malaysia dan bekas ahli seumur hidup DAP itu lagi, DAP sanggup berbelanja wang yang banyak bagi memeuhi agenda mereka.

“Kalau sebelum PRU-14, mereka boleh habiskan hampir RM1 juta untuk viralkan bahan-bahan propaganda (belum termasuk gaji kakitangan dan studio canggih), bayangkan berapa yang mereka sanggup belanjakanuntuk tutup kegagalan tunaikan manifesto dan sembunyikan pergolakan yang berlaku dalam PH (Pakatan Harapan) hari ini.

“Ehh, dari mana datang dana sebesar hampir RM1 juta untuk viralkan bahan propaganda sahaja sedangkan sebelum PRU-14, DAP hanya pegang Pulau Pinang dan Selangor saja. Itu belum termasuk trak Ubah, kempen mewah DAP di seluruh negara,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast