Green Book memenangi kategori Filem Terbaik Anugerah Akademi 2019

LOS ANGELES – Anugerah Akademi ke 91 tahun ini menjadi banyak mencipta sejarah buat pemenang Oscar dan kategori yang dimenangi mereka.

Anugerah tahun ini menyaksikan satu kejutan besar apabila mengangkat filem Green Book sebagai filem terbaik mengalahkan pesaing-pesaing pilihan seperti Roma, A Star is Born dan Bohemian Rhapsody.

Buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, tiada hos yang memperkenalkan penonton bagi setiap kategori.

Anugerah itu sebaliknya menggunakan persembahan ala konsert oleh Adam Lambert dan band Queen serta monolog oleh Tina Fey, Amy Poehler dan Maya Rudolph.

Majlis anugerah itu sendiri meraikan kepelbagaikan dan inklusiviti kepada para pemenang.

Buat pertama kalinya, Anugerah Kostum Terbaik dan Anugerah Produksi Terbaik dimenangi oleh calon Afrika Amerika, Ruth Carter yang telah mereka kostum untuk filem Black Panther manakala Hannah Beacler memenangi rekaan produksi terbaik dalam filem tersebut.

Roma yang diarahkan Alfonso Cuaron memenangi filem asing terbaik sekali gus mencatatkan sejarah filem Mexico pertama yang memenangi kategori tersebut.

Orang lama industri, Spike Lee diberikan standing ovation apabila menerima Oscar pertamanya bagi kategori lakon layar terbaik untuk BlacKkKlansman.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast