Pesawat Boeing, B737 B737, milik Biman Bangladesh Airlines terpaksa mendarat di Chittagong petang semalam berikutan cubaan seorang lelaki bersenjata api cuba merampas pesawat itu.

CHITTAGONG – Seorang lelaki yang cuba merampas sebuah pesawat Boeing, B737, milik Biman Bangladesh Airlines yang dalam pernerbangan ke Dubai dari Dhaka melalui Chittagong petang ini terbunuh.

Perampas yang bersenjata api itu mendakwa dirinya sebagai Mehedi, 25, cuba memasuki kokpit penerbangan BG147 dengan 148 penumpang.

Beruikutan itu, juruterbang pesawat terbabit melakukan pendaratan cemas di Chittagong dan semua penumpang berjaya dikeluarkan, namun lelaki bersenjata api itu dan dua anak kapal masih berada dalam pesawat.

Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat di Chittagong ditutup untuk beberapa jam berikutan insiden tersebut.

“Suspek mempunyai pistol. Dia terbunuh dalam operasi komando,” kata Major Jeneral Motiur Rahman dalam taklimat media di lapangan terbang itu.

Beliau berkata, anggota komando telah meminta perampas itu menyerah diri semasa serbuan dilakukan.

“Bagaimanapun dia menolak, dan cuba melawan menyebabkan tembakan dilepaskan.

“Suspek cedera akibat tembakan tetapi kami difahamkan dia meninggal dunia kemudian,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast