Muhammad Aiman Zainali
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali bercakap kepada media pada Program Ramah Mesra Bersama Pengundi Orang Asal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Jalan Kachau Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali menafikan video tular di media sosial mendakwa beliau menari dalam sebuah majlis, malam semalam.

Beliau menegaskan, semalam beliau hanya hadir untuk melancarkan Aiman4Semenyih iaitu lima agendanya dan tiada sebarang acara tari-menari.

“Itu bukan saya sebenarnya sebab semalam pun kita hanya melancarkan agenda saya buat untuk Semenyih.

“Selepas saya bergerak, tiada acara menari daripada saya tentu tidak ada. Saya bukan di dalam video itu, saya tak pasti siapa di dalam video itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas beramah mesra dengan komuniti orang Asli di Kampung Kachau Dalam dan Kampung Kachau Luar hari ini.

MGF27022019_RAMAH MESRA PENGUNDI ORANG ASAL05
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali (tengah) beramah mesra dengan masyarakat orang asli pada Program Ramah Mesra Bersama Pengundi Orang Asal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Jalan Kachau Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 FEBRUARI 2019

Semalam, sebuah video tular di aplikasi Whatsapp menunjukkan kelibat mirip Muhammad Aiman menari dengan diiringi alunan muzik dalam sebuah majlis.

Sementara itu, ditanya tentang tahap sokongan Orang Asli di Semenyih, Muhammad Aiman sangat berpuas hati penerimaan mereka terhadapnya sebagai calon kawasan itu.

“Sokongan Orang Asli sangat baik dan kita harap ia dapat diterjemahkan pada 2 Mac ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette