Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun. foto IQBAL BASRI, 02 MAC 2019

SEMENYIH – Petugas media boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati meraih undi daripada pengundi termasuk walaupun bertanyakan calon mana yang dipilih.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, petugas media tidak sewajarnya mengajukan soalan sebegitu ketika menemuramah pengundi pada hari mengundi.

“Kalau tanya soalan macam itu (nak undi siapa) mestilah dia jawab, jangan tanya soalan macam itu.

“Tapi kalau dia jawab undi saya (calon), tak boleh, dari jam 12 tengah malam tadi memang tak boleh ada aktiviti secara positif untuk meminta undi.

“Kalau boleh jangan tanya, siapa yang patut kamu undi, janganlah, nanti dia jawab. Itu kira dalam undang-undang, membantu membuat kesalahan,” katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang masih berkempen dan meraih undi di sebuah pusat mengundi di sini walaupun tempoh berkempen sudah berakhir jam 12 tengah malam tadi.

Aiman didakwa meraih undi semasa ditemubual oleh media selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, di sini, pagi tadi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: