KUALA LUMPUR – Sejak semalam tersebar di Instagram sepotong video yang pada mulanya dimuatnaik oleh penyanyi baru As’ad Motawh yang menyaksikan beliau dipeluk oleh seorang wanita dari belakang di atas pentas ketika sedang membuat persembahan.

Video itu kemudiannya turut dikongsikan oleh ramai pengguna dan dalam masa yang sama mengundang pelbagai kecaman yang menganggap ia sebagai gimik semata-mata.

Ini kerana ada yang berpendapat wanita itu seperti sengaja menyembunyikan raut wajahnya ketika meluru ke atas pentas memeluk As’ad.

“Mcm dah tau je sorok muke time nak peluk tu, pandai eh coverline akak ye,” kata norasyeda.

“😆 mcm belakon.. kena upah ke,” tambah missyoon1004.

“@alyztasha mmg dh dirancang pon,” kata
syxhmi38.

Selain itu wanita tersebut turut dikecam kerana tanpa segan silu bertindak memeluk bukan mahramnya.

“Agak dh knpe smpai nk pelok bagai…..adoiii dh lah pakai tudung….jgn buat malu lah…….jage lah batas 2……aku pn ade idola yg aku minat sngt2…..tp x de lah smpai aku nk peluk depan org ramai mcm 2….adoiiiiiii,” kata “shikin198. – MalaysiaGazette