Nabil dan Sarah bercinta selama lima tahun sebelum putus pada bulan lalu.

KUALA LUMPUR – Pengacara, Nabil Mahir mendedahkan dia telah membeli cincin untuk melamar bekas kekasihnya yang juga pelakon, Sarah Hildebrand.

Nabil, 31, berkata, cincin emas putih itu dibelinya di Singapura pada awal November lalu.

Jelasnya, dia merancang untuk membuat kejutan dengan melamar Sarah, 29, pada April ini sempena ulang tahun perhubungan mereka yang kelima tahun.

“Kalau jenis tidak serius, tak akan saya beli cincin untuk lamar Sarah. Saya bukan jenis hendak heboh beritahu sebab saya rancang buat kejutan.

“Kalau pada awal perhubungan kami memang saya belum sepenuh hati, tapi kalau sudah bertahan hampir lima tahun, tak kan tidak serius,” katanya.

Dia berkata demikian selepas majlis sidang Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar yang diadakan di Palace The Golden Horses,di sini hari ini.

Pada minggu lalu, Nabil mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand telah berakhir sejak awal Februari lalu.

Sementara itu, Nabil enggan memikirkan lagi mengenai tragedi putus cinta tersebut dan reda dengan takdir Ilahi.

“Saya sudah okey dan boleh melupakan apa yang terjadi serta mahu bergerak ke hdapan. Saya tidak mahu fikir lagi tentang kisah lalu, saya reda dan mendoakan yang terbaik untuk Sarah.

“Buat masa ini, belum nak cari pengganti lagi. Bagi sedikit ruang untuk saya tenangkan diri dan fokus terhadap karier,” katanya yang mengakui telah menyekat Sarah di semua laman sosial selepas kejadian putus cinta itu dan mengalami simptom insomnia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast