Home Seni Hidup Ibu Adibah Noor meninggal dunia

Ibu Adibah Noor meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi dan pelakon Adibah Noor meninggal dunia pada jam 12.30 malam tadi.

Berita sedih itu dikongsikan Adibah menerusi instagramnya.

Jenazah ibunya, Norlia Abd Majid dijangkakan dikebumikan diĀ  tanah perkuburan Taman Keramat selepas pagi ini.

“Ibu kami, puan hajjah Norlia Abd Majid telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 12:30 malam tadi.

“Jenazah akan dibawa ke Masjih Al-Ansar Taman Keramat jam 9 pagi untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan. al-Fatihah,” tulisnya. – MalaysiaGazette