Mohamed Salah

LIVERPOOL – Prestasi semasa Mohammed Salah di atas padang mula mencetuskan kebimbangan Liverpool.

Bintang Mesir itu memperolehi dua peluang untuk membuka jaringan ketika menentang Everton semalam.

Bagaimanapun percubaan Salah berjaya ditepis penjaga gol The Toffeemen.

Salah kini dilihat kurang berkeyakinan dan menunjukkan tanda tanda ketakutan yang mula membimbangkan the Kops.

Salah hanya menjaringkan gol sekali dalam tujuh perlawanan setakat ini.

Skuad Jurgen Klopp kini berada dalam keadaan tertekan mengejar kejuaraan liga dengan Manchester City.

Keputusan seri semalam di Goodison Park menyaksikan Liverpool keciciran mata dan menduduki tempat kedua.

Manchester City yang menewaskan Bournemouth 1-0 menerusi jaringan Mahrez mara ke tangga teratas liga yang dihuni Liverpool sejak Disember lalu dengan kelebihan satu mata selepas 29 perlawanan.

Salah setakat ini menjaringkan 17 gol.

Kebanyakan pengulas sukan di Eropah menyifatkan Liverpool tidak beraksi cemerlang secara berpasukan ketika menentang Everton.

Liverpool lebih tertekan untuk merangkul gelaran berbanding City kerana sudah 29 musim tidak menjuarai liga.

Bagi City mereka tahu apa yang harus dilakukan selepas ini untuk mengesahkan kejuaraan EPL.

Bagaimanapun, isu kecederaan yang membelenggu pemain merupakan kebimbangan utama Pep Guardiola. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast