Pengarah Pilihan Raya BN PRK DUN Semenyih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) berbual mesra dengan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad (tengah) dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (dua kiri) pada Pengumuman Calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih, turut hadirdi Pusat Gerakan BN Semenyih, Taman Pelangi Semenyih 2, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 14 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Kerjasama UMNO dan Pas yang diperkukuhkan menerusi pertemuan kedua-dua parti itu di PWTC semalam nampaknya memberi kesan kepada pendirian Datuk Seri Nazri Aziz yang selama ini menentang sebarang usaha seumpama itu.

“Saya mahu meminta maaf kepada seluruh umat Islam dan Melayu di negara ini sama ada mereka ahli atau penyokong Pas kerana pernah tidak menyokong kerjasama antara UMNO dan Pas suatu ketika dahulu.

“Saya akui perkara itu merupakan kesilapan politik saya sendiri dan hari ini saya benar-benar mahu lihat kerjasama antara dua parti ini (UMNO dan Pas) boleh diteruskan,” kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu dalam dalam sidang media di sini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional itu mengakui kenyataannya sebelum ini yang memperlihatkan penentangan terhadap sebarang bentuk kerjasama antara UMNO dan Pas sebagai kesilapan terbesar sepanjang penglibatan beliau dalam politik.

Katanya, sebelum ini beliau merumuskan kerjasama antara kedua-dua parti itu tidak menggambarkan kepelbagaian kaum sebagaimana, justeru sebarang usaha ke arah itu sememangnya ditentang oleh beliau.

Katanya, dalam perkembangan terbaharu kerjasama UMNO dan Pas, beliau berikirar memberi sokongan sepenuhnya apa yang telah diputuskan oleh UMNO sebagaimana yang diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Saya sentiasa akan berada di belakang beliau dan apapun keputusan UMNO saya akan sokong seratus peratus khususnya dalam aspek penyatuan ummah antara dua parti ini serta berharap Pas dan UMNO tidak ‘bercerai’ dan kekal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Sebab itu saya terpanggil untuk survival UMNO dan Pas, kita patut teruskan (hubungan ini) untuk kita kita laksanakan apa yang baik untuk negara tanpa mengabaikan kaum lain, cuma utamakan kepentingan politik Melayu dan Islam,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Marriage of Convenience akin to Kawin Mutaah.

    UMGOK & PAS did it once, ended disastrously, loosing Kelantan to PAS.

    Now both try again. Let hope the common enemy is PH. Will MCA & MIC accept?

Comments are closed.