Cemburu dipercayai motif seorang lelaki parah ditetak di kepala dan leher dalam kejadian di Jalan Taman Kurau Indah, Kuala Kurau dekat sini malam tadi.

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 100 kilogram syabu bernilai kira-kira RM5 juta dan menahan seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Penampang, 21 Februari lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, lelaki berumur lingkungan 40-an itu ditahan oleh sepasukan anggota Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu kira-kira pukul 2.15 petang.

“Ketika ditangkap lelaki berkenaan sedang berdiri di luar sebuah premis bersama beberapa kotak mengandungi plastik yang berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Hasil siasatan mendapati dadah berkenaan akan disorokkan di dalam botol ‘protein’ yang kemudiannya diposkan di Kota Kinabalu ke satu lokasi yang belum dikenal pasti dengan menggunakan perkhidmatan kurier,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, rampasan berkenaan adalah yang terbesar oleh Kastam Sabah sejak tiga tahun lepas.

“Kini kita sedang membuat siasatan lanjut mengenai kes berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Abdul Latif berkata, pihaknya telah menahan seorang wanita berumur lingkungan 20-an bersama 5 kilogram syabu di balai ketibaan domestik Lapangan Terbang Kota Kinabalu 1 Mac lepas.

“Hasil pemeriksaan bagasi suspek berkenaan yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mendapati mengandungi plastik berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu seberat lima kilogram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM200,000,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kastam turut menahan seorang lelaki berumur 40-an kerana memiliki 4,900 pil disyaki pil ekstasi dianggarkan bernilai RM122,500 di Pejabat Pos Sandakan, 27 Februari lepas.

“Lelaki berkenaan ditahan ketika membuat tuntutan bungkusan pil ekstasi yang sebelum itu telah didapati dadah melalui hasil imbasan pihak kastam di pejabat pos berkenaan,” katanya. – Bernama