TERKINI : Jawatan Nazri Aziz? Tengku Adnan Masih Setiausaha Agung BN – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tidak sah dari segi perlembagaan parti pembangkang itu.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana pelantikan setiausaha agung baharu tidak pernah dibawa ke mesyuarat BN sebelum ini.

“Kita telah memformalkan pelantikan penjawat awam BN.

Memandangkan dalam piagam BN secara undang-undang, apa saja keputusan yang diambil mestilah melalui konsensus. “Jadi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih lagi Setiausaha Agung BN.

“Beliau sebenarnya tidak pernah meletakkan jawatan dan tidak pernah dibawa ke mesyuarat BN berkenaan dengan pelantikan setiausaha agung baharu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.