Donald Trump, foto Agensi

WASHINGTON – Donald Trump terbuka kepada perbincangan tambahan dengan Pyongyang berhubung penghapusan nuklear walaupun laporan mendakwa Korea Utara sedang mengaktifkan semula bahagian-bahagian program peluru berpandunya.

Aktiviti baharu itu telah dikesan di sebuah kilang yang menghasilkan peluru berpandu balistik antara benua pertama Korea Utara (ICBM) yang mampu mencapai Amerika Syarikat, akhbar JoongAng Ilbo dan Donga Ilbo melaporkan yang memetik para penggubal undang-undang yang diberi taklimat oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan.

Pada minggu ini, dua buah badan pemikir Amerika Syarikat. dan agensi perisik Seoul berkata, Korea Utara sedang membina semula tapak pelancaran roket di Sohae.

Laporan mengenai aktiviti Korea Utara menimbulkan banyak persoalan mengenai masa depan dialog Trump dengan Kim Jong-un selepas sidang kemuncak kedua di Vietnam minggu lalu.

Penasihat Leselamatan Amerika Syarikat, John Bolton berkata, Trump masih terbuka untuk mengadakan lebih banyak perbincangan dengan negara itu.

“Presidenterbuka untuk berbincang lagi. Kami akan melihat bila ia akan dijadualkan atau bagaimana ia dapat dilaksanakan, “katanya kepada Fox News sambil menambah terlalu cepat untuk membuat penentuan berhubung laporan mengenai aktiviti pembinaan struktur kemudahan nuklear oleh Korea Utara.

Tambah beliau lagi: “Kami akan mengkaji keadaan dengan teliti. Seperti yang dikatakan oleh presiden, ia akan sangat mengecewakan jika mereka berbuat demikian.

Sidang kemuncak lalu gagal selepas gagal mencapai kesepakatan berhubung sejauh mana Korea Utara sanggup menghadkan program nuklearnya dan tahap kesanggupan Amerika Syarikat untuk meringankan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Pyongyang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast