KUALA LUMPUR – Nga Kor Ming yang didakwa tersentap dengan kerjasama UMNO-Pas cuba menyokong Lim Guan Eng dengan mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama UMNO-Pas akan mewujudkan pemerintahan ala Taliban di Malaysia.
“YB Nga Kor Ming kata UMNO-PAS akan wujudkan pemerintahan ala Taliban. Huh penaja ‘permainan Mahjong atas langit’ ni tengah koyak agaknya, cuba ‘back up’ ucapan rasis bos DAP dia.. 😁😂,” kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau membuat kenyataan itu selepas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu berkata kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.
Kerjasama itu, kata Kor Ming merupakan satu keadaan “tiada patah balik” yang akan menyebabkan rakyat menderita.
Sebelum itu, Guan Eng yang juga Setiausaha DAP dalam satu kenyataan awal berkata, kerjasama dua parti itu merupakan pengisytiharan perang kepada bukan Melayu.
Bagaimanapun, kenyataan itu ditarik semula dan dipinda kepada “Lim beri amaran kerjasama UMNO-Pas akan mensasarkan bukan Melayu”.
Kenyataan Guan Eng itu disifatkan berbaur hasutan dan dikecam oleh parti pembangkang dan orang ramai.
Nik Mohamad Abduh yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat itu turut menyindir Parti Amanah Negara dengan mendakwa parti itu akan menasihat DAP.
“Pecahkan kesatuan umat Islam, nescaya majulah Islam Rahmatan-mu di bumi Malaysia,” ujarnya.- MalaysiaGazette
Abodoh? Abodoh! Abodoh.
…perlu ke saya terusan kebodohan kamu?
memandang kesalahan orang lain cepat kamu lakukan.
menilik kelemahan diri, utk melihat musuh yg bersarang, ini yg membezakan.