Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. foto SYAFIQ AMBAK, 21 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – “Baiklah saya minta maaf kerana mengatakan YB anak saudara Chin Peng tapi YB juga kena minta maaf kepada seluruh rakyat negara ini akan menjadi seperti Afghanistan jika pakatan UMNO-Pas mendapat kuasa”

Itu tulis Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming,

Dalam balas membalas mesej di Twitter sebelum itu Kor Ming memberi tempoh selama 24 jam kepada Asyraf untuk meminta maaf.

Kemudiannya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu memaklumkan beliau sedia memaafkan Asyraf Wajdi dan mengajak UMNO dan Pas meninggalkan politik perkauman dan fahaman ekstrem.

“Sebagai insan yang beriman, saya bersedia untuk maafkan Asyraf dan aya dengan ikhlas mengajak UMNO dan Pas meninggalkan politik perkauman dan fahaman ekstrem agama supaya bersama kita membangunkan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum demi negara tercinta,” kata Kor Ming.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/09/malaysia-jadi-afghanistan-dikuasai-taliban-jika-umno-pas-memerintah/