Foto Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

TURIN – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan gergasi bola sepak Itali, Juventus bersetuju untuk bekerjasama selepas perbincangan antara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pengerusi Juventus, Andrea Agnelli.

Pertemuan antara kedua-duanya berlangsung di Royal Park I Roveri pada Jumaat, lalu.

Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail dijemput untuk santapan tengah hari bersama Agnelli apabila mereka membuat keputusan pasukan tersebut berbincang mengenai cara bagaimana kedua-dua kelab boleh menjalinkan kerjasama.

Pasukan Harimau Selatan itu akan menghantar satu delegasi ke Turin dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai kolaborasi yang akan dijalinkan.

JDT cukup berminat untuk memperluaskan wawasan mereka ke Itali serta mendapatkan pandangan bernilai dari kelab paling berjaya di Itali.

Juventus telah memenangi 34 kejuaraan Serie A. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast