Ambiga Sreenevasan

KUALA LUMPUR- I am shocked you are doing this!

Itu respon kekesalan Datuk S. Ambiga terhadap laporan polis yang dibuat Pengarah Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Fahmi Zainol baru-baru ini.

Fahmi pada 10 Mac lalu membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang di Pulau Pinang terhadap penganjur perhimpunan LGBT di ibu kota baru-baru ini.

53652971_1674139972688807_4537529529706479616_n
Fahmi Zainol (tengah) selepas membuat laporan polis di Pulau Pinang terhadap penganjur perhimpunan LGBT baru-baru ini.

Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam menyatakan kekesalan itu mungkin kerana tidak suka terhadap tindakan pemimpin muda PKR.

Selain itu, tweet Fahmi juga mendapat respon yang negatif oleh beberapa netizen yang mungkin menyokong perhimpunan kontroversi itu baru-baru ini.

Fahmi sebelum itu ada menulis di media sosialnya;

“Selagi kerajaan Malaysia tidak bertegas terhadap golongan pelampuan agama, perkauman, dan permintaan yang bukan-bukan (LGBT), selagi itulah hura-hura dan kepincangan akan wujud dalam negara kita.”- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast